Penerangan Segan Filipina (burung)

Seperti semua burung segan, segan Filipina mempunyai mata yang besar untuk penglihatan malam yang lebih baik, paruh besar yang rata untuk menangkap serangga, dan bulu samar yang membolehkannya menyamar semasa bertengger pada siang hari. Ia adalah satu-satunya spesies burung segan yang ditemui di Filipina, dan boleh dikelirukan dengan tukang Filipina, yang walaupun bentuknya serupa mempunyai buluan yang sangat berbeza.

Lukisan segan Filipina (Batrachostomus septimus) oleh Joseph Smit

Segan Filipina ialah burung segan bersaiz sederhana, iaitu panjang 24–26 cm, dengan dua bentuk warna (dan fasa perantaraan); satu ialah berangan kemerahan dengan warna tanah kemerahan pekat, satu lagi perang cair dengan kuning pucat dan sorotan hitam.[2] Kedua-dua bentuk warna mempunyai tiga jalur kuning pucat cair atau putih yang berbeza; satu di leher belakangnya, satu di bahagian bawah leher depannya, dan satu di sekitar bahagian bawah dada. Ia mempunyai iris jingga kuning dan kaki serta paruh perang. Walaupun jantan dan betina mempunyai rupa yang mirip, betina biasanya lebih gelap dan ringkas bentuk corak bulunya.[3]

Rujukan

WikiPedia: Segan Filipina (burung) http://www.planetofbirds.com/caprimulgiformes-poda... //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2016-3.RLTS.T22689597A... http://www.fieldmuseum.org/Vanishing_Treasures/V_F... //www.worldcat.org/oclc/43936896 //www.worldcat.org/oclc/51922852 //www.worldcat.org/oclc/727647954 https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://animaldiversity.org/accounts/Batrachostomu... https://archive.org/details/fireflyencyclope0000un...